Terkini

Sabtu, 2 Julai 2016

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA SK.SUASA, BEAUFORT TAHUN 2016

Kemuncak kepada Program Tadarus Al-Quran yang diadakan selama 3 minggu, pihak sekolah di bawah Panitia Pendidikan Islam dengan jayanya menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Perdana pada 1 Julai iaitu hari Jumaat yang lalu bertempat di Masjid Kg. Suasa, Beaufort. Pada majlis tersebut seramai 30 orang murid telah khatam Al-Quran. Majlis tersebut diketuai oleh Tn. Hj. Amatiasin Hj. Saruji, mantan YDP PIBG SK. Suasa. Selain dari majlis khatam Al-Quran, majlis juga turut mengadakan Sembahyang Hajat untuk murid-murid UPSR tahun ini , Pertandingan Takbir Raya yang disertai murid-murid SK. Suasa dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan penyampaian sampul Raya. Majlis ini juga turut disertai oleh ibubapa murid Tahun 6 dan beberapa orang penduduk Kampung Suasa. Majlis penutupan disempurnakan oleh Guru Besar SK. Suasa, Beaufort, Tn. Hj. Bisno b. Sari. Admin.






Selasa, 21 Jun 2016

PROGRAM TADARUS AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADHAN 1437H

BERSEMPENA DENGAN BULAN PENUH KEBERKATAN DAN MULIA, PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DI BAWAH PIMPINAN USTAZAH SUFFIA TELAH MENGANJURKAN PROGRAM TADARUS AL-QURAN SETIAP HARI PADA MASA REHAT. MUIRID-MURID DIBAHAGIKAN KEPADA BEBERAPA KUMPULAN KECIL 3-5 ORANG DENGAN DIBIMBING OLEH SEORANG GURU BAGI SETIAP KUMPULAN. MAJLIS KHATAM AL-QURAN AKAN DIADAKAN DIPENGHUJUNG HARI PERSEKOLAHAN SEBELUM BERCUTI, INSHA-ALLAH PADA HARI JUMAAT, 01 JULAI 2016. MUDAH-MUDAHAN MAJLIS ILMU DAN PENUH BERKAT INI BERJALAN SEPERTI YANG DIRANCANG DAN TAHNIAH KEPADA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM YANG DAPAT MENJAYAKAN PROGRAM INI DAN MENJADI PROGRAM TAHUNAN PANITIA.



PELANCARAN 'RECYCLE BIN' UNTUK PROGRAM SERASI

Bagi mendidik seluruh warga sekolah SK. Suasa, Beaufort tentang pentinganya menjaga kebersihan persekitaran sekolah, pihak sekolah telah mengambil inisiatif iaitu dengan mengadakan tong sampah 'Recycle Bin' dan ditempatkan berhampiran dengan pondok LINUS. Selepas ini kertas, kaca dan plastik dibuang di tong sampah yang betul. Ingat tu anak-anak murid sekalian......


PROJEK MEMBUAT ENZIM

PROJEK MEMBUAT ENZIM MENGGUNAKAN KULIT BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN PERSATUAN MATEMATIK DAN SAINS

PADA : 23 MAC 2016 ( RABU )
PENYELARAS : GURU PENASIHAT PERSATUAN MATEMATIK DAN SAINS

Projek membuat enzim menggunakan kulit buah-buahan dan sayuran yang dikelolakan oleh Persatuan Matematik dan Sains di bawah Program SERASI adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid untuk menggunakan bahan-bahan terbuang untuk kepentingan alam sekitar. Semoga projek ini diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.









Sabtu, 18 Jun 2016

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA WARGA SK. SUASA, BEAUFORT

DIUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH SK. SUASA, BEAUFORT. BEBERAPA AKTIVITI SEMPENA MENYAMBUT BULAN YANG PENUH BARAKAH INI AKAN DIADAKAN SEPERTI TADARUS AL-QURAN, MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SEMBAHYANG HAJAT UNTUK MURID TAHUN 6.


Khamis, 30 April 2015

SELAMAT DATANG....WELCOME




SEKOLAH KEBANGSAAN SUASA, BEAUFORT TERLETAK 38 KM DARI PEKAN BEAUFORT. SK. SUASA DIKATEGORIKAN SEBAGAI SEKOLAH SEKOLAH KURANG MURID (SKM) PEDALAMAN. MEMPUNYAI 13 ORANG GURU DAN SERAMAI 90 ORANG MURID BERMULA DARIPADA PRA-SEKOLAH HINGGA TAHUN 6.

SK. SUASA DITADBIR OLEH TN. HJ. BISNO B. SARI SEBAGAI GURU BESAR. BELIAU MULA BERKHIDMAT DI SK. SUASA SEJAK  TAHUN 2008 LAGI.